
Sunday, October 4, 2009
Saturday, October 3, 2009
Isteri salah paham
Selepas si anak membuat panggilan,si anak memberitahu ibunya seorang pempuan lain yang menjawab pesanan telefon.Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon,tetap perempuan itu jugak yang menjawab.
Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja didepan pintu rumah.Sesampainya suami,si isteri membelasah habis-habisan sisuami kerana perlakuan curangnya.
Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu.Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan ditalian tadi.
Si anak pun cakap "harap maaf,nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan.Sila cuba sebentar lagi."
Banduan vs Polis
Suatu hari, disebuah penjara, telah diadakan pertandingan bola sepak antara anggota polis menentang banduan yang ditangkap kerana kesalah mencuri dan menyeluk saku.
Ketika waktu rehat, pihak polis telah mendahului dengan 3-0. Jurulati pasukan banduan telah marah-marah..
Jurulatih "Bodoh, takkan lawan pihak polis pun x boleh?! Takkan kamu semua cuma tahu mencuri dan menyeluk saku saja?"
Pemain : "Kalau macam tu, lepas ni kita semua akan main secara kasar. Janji kita boleh hasilkan gol dan menang.
Jurulatih : "Mana boleh main macam tu?"
Pemain : "Tak apa. saya jamin, pengadil takkan bagi kita kad kuning atau kad merah"
Jurulatih : 'kenapa pula?"
Pemain : "Kerana, aku baru sahaja mencuri kesemua kad kepunyaan pengadil termasuk wiselnya sekali.."
Jenis-jenis gelak di Malaysia
1. Hahaha/Ahaha
- untuk lawak2 normal.. lbh kurang general use..
- contoh ayat: aku blom mandi lagi laaa harii ni.. ahaha.. ehh, lawak aku ni lawak normal kan..?? hahaha/ahaha
2. Hehehe/Ehehe
- untuk lawak2 mengade2.. dan jugak lawak2 puji diri sndiri..
- contoh ayat:
i) ehh tunggu laaa jap.. aku baru nak mandi ni.. hehehe.. jap ehhh.. 5 minit je.. hehehe..
ii) fuyyooo.. dah mandi nih, aku rase macam orang paling wangi kat dunia laaa.. ehehe..
3. Hihihi/Hikhikhik
- untuk lawak2 gedik..
- contoh ayat: aku nak mandi ni.. hihihi.. ppastu nak mekap.. hikhikhik.. pastu nak iron baju.. hikhikhik..
4. Hohoho
- untuk lawak2 yang tak patut dibuat lawak… buleh jugak untuk bende2 yang tak lawak, tapi gelak kesian laa kirenye.. gelak sniri..
- contoh ayat:
i) aku nak mandi jap.. ko gi laaa smayang hajat dulu ke.. hohoho..
ii) aku nak mandi.. mandi nak aku.. hohoho.. weh gelak laaa weh.. kesian aku..
5. Huhuhu
- untuk lawak2 sedih, sayu, syahdu dan pilu…
- contoh ayat: aku nak mandi ni.. tapi takdee sabun, tak mampu nak beli.. huhuhu..
6. Muahaha
- untuk lawak perasan jahat.. perasan kejam… perasan ganas..
- contoh ayat: dengan sabun mandi ni aku akaan bunuh semua bakteria2 kat dunia nih.. muahahaha.. ganasnye aku.. ganas2.. muahaha..
7. Kohkohkoh
- untuk lawak2 busuk.. merepek tahap bangsatt.. tahpape laaa.. tak lawak pon buleh pakai gelak nih.. tapi ni feveret aku skang nih.. maka buleh laa jugak aku nak guna untuk semua situasi.. sukati aku laaa..
- contoh ayat: ehh ko dah mandi ke blom nih…?? bau macam tinja cipan je.. kohkohkoh..
8. Dan lain-lain…
- banyak lagi laa cara2 gelak yang lain.. coontoh macam kahkahkah.. kuangkuangkuang.. kehkehkeh.. kihkihkih.. kroihkroihkroih (buruk gile).. ahhh banyak lagi laaa.. pepandai laa korang buat assignment sndiri
