Saturday, October 3, 2009

Nasib pon nasib la

Pada suatu hari Ali pergi menilik nasibnya dengan seorang tukang tilik yang terkenal. Setelah menilik nasib di tapak tangan Ali, tukang tilik itu pun berkata. " Ali, awak punya nasib ni dalam tempoh 30 puluh tahun pertama sangat buruk, tetapi tempoh 30 tahun kedua pula sangat baik". Maka Ali terkejut, dan pening memikirkan nasib nya yang buruk itu.

Dalam perjalanan balik dia telah disapa oleh seorang penjual insurans. Ali pun bertanya apa kelebihan beli insurans. Penjual insurans menjawab, "En. Ali, insurans ni kalau Encik kemalangan atau sakit dan tak boleh kerja lagi, syarikat insurans akan bayar Encik sehingga 100,000.00 ringgit.

Memikirkan nasib nya yang malang, Ali pun belilah insurans tersebut. Setiap bulan dia bayar premium insurans tersebut tanpa miss, tapi tiada apa yang berlaku kepadanya. Selepas 30 tahun, maka matanglah insuran tersebut. Ali pun ingin menebus premiumnya semula. Setelah pergi ke syarikat insuran tersebut, didapatinya syarikat insuran itu telahpun bankrups. "Betullah tukang tilik tu cakap, memang nasib aku malang, habis semua premium aku hangus" bisiknya. "Emm, takpalah, dah tamatlah 30 tahun tu, sekarang ini nasib aku dah baik pulak" bisiknya lagi.

Dalam perjalanan balik dia telah disapa oleh seorang penjual tiket loteri. Ali pun tanya apa kelebihan beli loteri ni. "Tiket loteri ini, kalau lu punya nasib ada baik, lu boleh menang 3 juta ringgit." jawab penjual tiket tersebut. Menyangkakan nasib nya yang baik, dia pun membeli tiket loteri tersebut. Selepas 30 tahun, menghabiskan duit membeli tiket loteri, Ali tak pernah sekali pun kena. Maka Ali membuat keputusan untuk membeli kali yang terakhir kerana menyangka ia telah ditipu oleh tukang tilik itu. Tanpa mengharapkan apa2 kemenangan, dia pun membawa pulang tiket tersebut.

Pada keesokan harinya, dia membelek akhbar dan terkejut melihat nombor tiketnya naik first prize 3 juta. Ali pun terus mati akibat terkejut. Memandangkan umurnya pun dah 80 ketika itu.

No comments:

Post a Comment